2009/01/04

is back is back...

coming soon...

2005/02/21

2005/02/17

Persembahan Teater Kanak-kanak "THE MAGIC FEATHER BOA"

1.Title of performance: “The Magic Feather Boa”

2.Description: Persembahan teater kanak-kanak ini mengisahkan seorang Raja yang suka memasak dan anaknya yang ingin jadi pelakon. Di hari jadi anaknya yang ke 13, datang seorang tukang sihir jahat yang ingin berahwin dengan raja serta merampas takhta kerajaan. Tukang sihir itu berjaya merampasnya. Berbagai masalah telah berlaku sepanjang pemerintahannya tanpa diketahui oleh raja sehingga anak raja tersebut dan orang gajinya membongkar rahsia selepas 5 tahun pemerintahannya. Segala-galanya adalah kuasa selendang bulu magic tukang sihir yang telah menyihir raja, anak raja serta putera raja. Sehinggalah orang yang menyokong tukang sihir tersebut tahu yang dia ditipu dan menyokong raja serta anaknya yang selama 5 tahun dianggap bersalah serta menaikkan cukai kepada rakyatnya. Ini semua adalah bantuan dari orang gajinya juga yang merupakan sahabat baik kepada anak raja tersebut. Akhirnya raja tersebut mengambil keputusan untuk membuka kedai roti dan anaknya mengikut para pelakon untuk membuat persembahan di seluruh negara dan pemerintahan ini diserahkan kepada orang gajinya yang baik hati itu. Teater ini di arahkan oleh Mahyudin Musa.

3.Venue:Auditorium JPM, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya

4.Presented by: Ikatan Sastera Universiti Malaya dengan kerjasama Pusat Kebudayaan Universiti Malaya dan Biro Tata Negara

5.Startdate:19th March 2005

6.Enddate:20th March 2005

7.Times and other date info: 19th (8.30 pm) & 20th (3.30 pm)

8.Ticket Pricing: Free Admission

9.Ticket Contacts: -

10.Event Contact Details:
-tel: 012 2704650
-fax: -
-email:masmanalaka@yahoo.com
-fax: -
-url:http:\\grupteaterisum.blogspot.com

11.We may need to contact you to confirm this event.
Please enter some details about yourself.
-name: Pn Roselina Khir Johari
-email: -
-phone: 03 79673467 / 016 3450846
-fax: 03 79673576

2004/11/24

Sepi tapi Tak Pasti

sudah lama tidak berkarya. itulah persoalan dalam Grup Teater ISUM.
namun kita akan bertemu bersama penggiat teater tanah air khususnya di kl ini, bukan sahaja dalam festival teater yang seringkali dianjurkan setiap tahun tapi dimana sahaja kami ingin mementaskan teater. ahli kami bukan terikat hanya dengan grup ini sahaja tai bebas berkarya... motto kami BEBAS BERKARYA..

2004/03/22

selamat datang kepada warga ISUM.

2004/03/21

Festival Teater Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (26 April – 3 Mei 2003)
Festival Teater Wilayah Persekutuan telah diadakan pada 26 April hingga 3 Mei 2003 bermula pada jam 8.30 malam bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman, MTC. Diantara persembahan teater yang telah diadakan ialah “Dendam Berdarah” dipersembahkan oleh Kelab Teater Kota Kuala Lumpur pada 26 April 2003, “Rumah Kedai Jalan Seladang” dipersembahkan oleh Akar Gita Estetika pada 27 April 2003, “Mahkamah Keadilan” dipersembahkan oleh Group Teater Mekar pada 28 April 2003, “Awal, Tengah, Akhir” dipersembahkan oleh Group Teater Artis Kreatif pada 29 April 2003, “Mikraj Mencari Kebenaran” dipersembahkan oleh Anak Soleh Group” pada 30 April 2003, “Si Bereng-Bereng” dipersembahkan oleh Kelab Kilat TNB pada 1 Mei 2003, “Di Pulau Sa Dan Di” dipersembahkan oleh Grup Teater ISUM pada 2 Mei 2003 dan “Orang Kasar” dipersembahkan oleh Kumpulan Giat Budaya pada 3 Mei 2003. Group Teater Mekar yang mempersembahkan teater “Mahkamah Keadilan” telah menjuarai festival teater tersebut diikuti oleh Kumpulan Giat Budaya yang mempersembahkan teater “Orang Kasar” tempat kedua dan tempat ketiga dimenangi oleh Kelab Kilat TNB dengan persembahan teater “Si Bereng-Bereng”. Selain itu Fragmen Seni & Budaya iaitu kompang, muzik nusantara, wayang kulit siam, dikir barat, lagu asli, tarian asli, lagu puisi dan boria turut diadakan di Amphitheatre, MTC pada jam 8.00 malam sebelum persembahan teater diadakan. Festival Teater Wilayah Persekutuan ini adalah anjuran Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Majlis Teater Kuala Lumpur, Pusat Pelancongan Malaysia (MTC) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

2004/03/20

laman web Grup Teater ISUM

laman ini disempurnakan untuk mengetahui isu-isu semasa hal teater berkaitan badan yang telah disahkan oleh pihak universiti bagi menjalankan kegiatan berteater atas nama Ikatan Sastera Universiti Malaya.