Festival Teater Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (26 April – 3 Mei 2003)
Festival Teater Wilayah Persekutuan telah diadakan pada 26 April hingga 3 Mei 2003 bermula pada jam 8.30 malam bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman, MTC. Diantara persembahan teater yang telah diadakan ialah “Dendam Berdarah” dipersembahkan oleh Kelab Teater Kota Kuala Lumpur pada 26 April 2003, “Rumah Kedai Jalan Seladang” dipersembahkan oleh Akar Gita Estetika pada 27 April 2003, “Mahkamah Keadilan” dipersembahkan oleh Group Teater Mekar pada 28 April 2003, “Awal, Tengah, Akhir” dipersembahkan oleh Group Teater Artis Kreatif pada 29 April 2003, “Mikraj Mencari Kebenaran” dipersembahkan oleh Anak Soleh Group” pada 30 April 2003, “Si Bereng-Bereng” dipersembahkan oleh Kelab Kilat TNB pada 1 Mei 2003, “Di Pulau Sa Dan Di” dipersembahkan oleh Grup Teater ISUM pada 2 Mei 2003 dan “Orang Kasar” dipersembahkan oleh Kumpulan Giat Budaya pada 3 Mei 2003. Group Teater Mekar yang mempersembahkan teater “Mahkamah Keadilan” telah menjuarai festival teater tersebut diikuti oleh Kumpulan Giat Budaya yang mempersembahkan teater “Orang Kasar” tempat kedua dan tempat ketiga dimenangi oleh Kelab Kilat TNB dengan persembahan teater “Si Bereng-Bereng”. Selain itu Fragmen Seni & Budaya iaitu kompang, muzik nusantara, wayang kulit siam, dikir barat, lagu asli, tarian asli, lagu puisi dan boria turut diadakan di Amphitheatre, MTC pada jam 8.00 malam sebelum persembahan teater diadakan. Festival Teater Wilayah Persekutuan ini adalah anjuran Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Majlis Teater Kuala Lumpur, Pusat Pelancongan Malaysia (MTC) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
2004/03/21
Subscribe to:
Posts (Atom)